TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN TOOL DESIGNER
a) Menghasilkan Tool yang ringkas, dan mudah digunakan untuk kecekapan maximum.
b) Bahan yang digunakan untuk membuat Tool mestilah bersesuaian dengan kegunaan dan aplikasi. Tool Designer juga perlu menitikberatkan tentang jangka hayat Tool tersebut.
c) Kos yang paling optimum (lagi murah lagi bagus, tapi kena bergantung pada aplikasi Tool tersebut). Jika kita memerlukan Tool yang percise, sudah tentulah kita memerlukan bahan yang berkualiti dan sudah semestinya kosnya gak tinggi. Tetapi sekiranya Tool tersebut hanya digunakan contohnya untuk memegang produk, tidak perlulah menggunakan bahan yang berkualiti.
d) Rekabentuk Tool tersebut dapat menghasilkan produk pada kualiti yang terbaik (tiada guna jika ada Tool tetapi produk yang dihasilkan masih kualiti yang rendah).
e) Dengan adanya Tool tersebut, production dapat mengeluarkan output yang lebih banyak.
f) Rekabentuk Tool tersebut mestilah foolproof (foolproof bermaksud dengan adanya Tool tersebut operator tidak dapat melakukan kesilapan, lihat Figure 1 untuk memahami maksud foolproof. Disitu kita dapat lihat dengan adanya pin tersebut operator tidak dapat meletakkan produk pada kedudukan yang salah).
Figure 1: Foolproof Concept
OBJEKTIF TOOL DESIGN
Production Tool adalah komponen yang penting didalam pembuatan yang mana ia menyumbang kepada:-
a) Maintain production quality
- Tool ini berupaya untuk memastikan kualiti berapa pada tahap yang ditetapkan.
b) Lower Production Cost
- Dengan adanya Tool tersebut, kos operasi dapat dikurangkan.
c) Reduce Production Lead time
- Dengan adanya tool tersebut kita dapat mengurangkan masa untuk set-up, masa untuk inspection dan pada masa yang sama kita dapat mengurangkan cycle time (masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu produk)
PRODUCTION TOOL IN MASS PRODUCTION
Mass Production adalah sesuatu produk yang dihasilkan didalam kuantiti yang amat banyak.
Oleh sebab itu Tool amat diperlukan didalam mass production kerana:-
a) Untuk mengurangkan kos se-unit produk dan kebolehan untuk menukar (interchangeability) dengan mudah.
b) Untuk memudahkan operator memasang sesuatu produk. Just imagine, sekiranya tanpa bantuan Tool operator memerlukan 20minit untuk memasang sesuatu produk tetapi dengan adanya Tool tersebut operator hanya memerlukan 10minit untuk memasang produk tersebut. ini bermakna kita dapat menjimatkan 50% masa, dan jika di kalikan dengan 1000 pcs produk, berapa banyak masa yang telah kita jimatkan??
PRODUCTION TOOL
Secara umumnya, Production Tool adalah work holder (pemegang benda kerja) dengan atau tanpa tool guding/setting arrangement.
Ia juga dipanggil JIG and FIXTURE.
No comments:
Post a Comment